[ PENGENALAN SYARIKAT ]

Bite Media Consultants ditubuhkan oleh PUAN SITI AWADAH yang merupakan ibu kepada 6 orang cahayamata yang tinggal di Pantai Timur. Puan Siti bergelar seorang surirumah sepenuh masa demi untuk menjaga ke enam-enam anaknya sendiri.

Untuk membantu meringankan beban suami, Puan Siti mula mencari ikhtiar cara jana pendapatan tanpa perlu melangkah keluar dari rumah. Pada mulanya Puan Siti bergelar seorang peniaga online namun akhirnya Puan Siti memilih blog sebagai medan untuknya membina kerjaya disebabkan oleh hobi beliau yang amat suka memetik papan keyboard.

Puan Siti memilih genre ibubapa dan rumahtangga sebagai topik utama sesuai dengan status dirinya sendiri. Hari demi hari Puan Siti menaip di dada blog dengan penuh konsisten melalui blog personalnya, SIS HAWA DOT COM.


Akhirnya usaha beliau mula menampakkan hasil apabila di lamar oleh syarikat yang ingin muncul di blognya untuk tujuan advertorial dan juga review. Bermula detik itu, Puan Siti semakin nekad untuk terus berusaha bagi menaikkan lagi jumlah kedatangan pembaca ke blognya. Tanpa mengikuti mana-mana kelas online mahupun offline, Puan Siti berusaha sedaya upaya seorang diri dengan menggunakan kuasa Google sepenuhnya.

Berkat kesungguhannya yang benar-benar ingin berjaya sebagai seorang blogger sepenuh masa, alhamdulillah blog utama beliau itu telah berjaya mencatatkan peningkatan yang sangat memberangsangkan walaupun blog tersebut baru berusia 2 tahun pada ketika itu. Rakan blogger, pembaca setia dan silent readers juga ikut meningkat dari masa ke semasa.

Peluang jana income di blog juga semakin hari semakin ada rezeki yang tiba. Demi rasa syukur ke hadrat Ilahi, Puan Siti tidak berniat untuk berjaya seorang diri sebaliknya beliau mula cuba mencari peluang menjana income untuk dikongsikan bersama rakan-rakan bloggernya yang lain. Akibatnya, pada tahun 2018 yang lalu Puan Siti telah berjaya menjadi founder untuk sebuah team blogger yang digelar sebagai Blogger Pantai Timur.

Bermula detik itu, Puan Siti Awadah terus mengorak langkah setapak demi setapak dalam mencari peluang bagaimana untuk menjana pendapatan dengan berblog. Sedikit demi sedikit ilmu dikumpulnya dan siapa sangka  selepas hampir 3 tahun bergelar seorang fulltime blogger, akhirnya Puan Siti telah berjaya memiliki sebuah syarikat dengan nama  BITE MEDIA CONSULTANTS hasil dari segala susah payahnya itu.



[ SSM ]




[ MISI DAN VISI ] 

1 - Meningkatkan taraf hidup blogger

2. Memberi tunjuk ajar pada para blogger bagaimana untuk menjadi penulis blog yang berjaya

3. Membuka peluang menjana pendapatan melalui blog dalam bentuk review, advertorial dan sebagainya.


4. Meningkatkan taraf hidup golongan surirumah dan ibu tunggal yang berminat dengan dunia penulisan 


5. Membina rangkaian antara usahawan Malaysia dengan komuniti blogger 


6. Membuka mata lebih ramai pihak tentang kelebihan beriklan menggunakan medan penulisan blog

7. Berkongsi rezeki kiriman Tuhan dengan sedaya upaya yang termampu




[ BITE WITH YOU - KELAS ONLINE UNTUK BLOGGER ]

BITE MEDIA CONSULTANTS yang berperanan sebagai perunding dan pengajar online

telah menyediakan kelas online khas untuk para blogger yang ingin menjana pendapatan dalam penulisan online. Kelas ini di buat dalam bentuk 'kumpulan tertutup' yang boleh disertai oleh mana-mana blogger yang berminat mengikut syarat yang telah di tetapkan.


CARA UNTUK MENJADI MENYERTAI GROUP 'BITE WITH YOU' :
.
1. Lawat FB pages utama milik Bite Media Consultants [ DI SINI ]
2. Hantarkan mesej tanda berminat untuk menjadi salah seorang BITERS
3. Fahami segala syarat yang diberikan
4. Buat keputusan setuju / tidak setuju